Home Nasional Rasuah: Dua pegawai JPJ Selangor direman 6 hari

Rasuah: Dua pegawai JPJ Selangor direman 6 hari

pegawai SB memfailkan saman fitnah menerusi peguamnya M Manoharan pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas diplomat dan pengarah Bukit Aman

SHAH ALAM – Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah bulanan di antara 2016 hingga 2018, dengan nilai keseluruhan RM73,850.

Perintah reman sehingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil terhadap kedua-dua suspek berusia 44, dan 45 tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sumber SPRM memberitahu kedua-dua suspek ditangkap dalam tempoh lima minit bermula pukul 5 petang semalam, selepas hadir di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, mereka yang masing-masing berjawatan Pembantu Penguatkuasa Kanan dengan gred KP22 dan Ketua Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa bergred KP32 di JPJ Selangor, telah menerima rasuah bulanan daripada pengusaha syarikat pengangkutan lori.

“Siasatan awal mendapati suspek bergred KP32 itu telah meminta dan menerima wang suapan secara bulanan di antara RM100 hingga RM5,000 berjumlah keseluruhan RM69,850, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih muatan dan lain-lain kesalahan jalan raya.

“Kesalahan itu dilakukan selama dua tahun bermula 2016 hingga 2018,” katanya.

Sementara seorang lagi suspek pula katanya, menerima suapan secara bulanan bermula Disember 2017 hingga Mac 2018, dengan nilai keseluruhan RM4,000 untuk alasan sama.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama