Home Ekonomi Bon Petronas AS$600 juta dapat sambutan

Bon Petronas AS$600 juta dapat sambutan

KUALA LUMPUR – Petronas berjaya menetapkan harga untuk nota tranche tunggal berjangka tujuh tahun bernilai AS$600 juta.

Ia merupakan terbitan bon korporat pertama oleh anak syarikatnya, Petronas Energy Canada Ltd (PECL).

Nota itu ditetapkan pada harga 85 mata asas melebihi Perbendaharaan Amerika Syarikat tujuh tahun untuk hasil 2.112%.

Petronas berkata, tawaran itu mendapat banyak permintaan daripada pasaran menerusi proses penetapan harga, sekali gus menggambarkan keyakinan pasaran terhadap pengukuhan kredit Petronas yang kini diberi penarafan A2 oleh Moody’s, A- (S&P) dan BBB+ (Fitch).

Terbitan itu merupakan bon korporat pertama yang diterbitkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Petronas Energy Canada Ltd (PECL).

Hasil terbitan ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti pembangunan dan pengeluaran, pembiayaan semula hutang dan untuk tujuan korporat dan am.

PECL juga memberi fokus kepada pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas asli di Kanada.

Nota berkenaan dijangkakan selesai pada 23 Mac ini dan akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

BofA Securities bertindak sebagai penyelaras global tunggal bersama-sama Citigroup, sementara HSBC dan ScotiaBank pula sebagai penerima tempahan bersama. – MalaysiaGazette