Home Politik Jika bazar Ramadan akan dibuka, kenapa Parlimen belum? – Tok Mad

Jika bazar Ramadan akan dibuka, kenapa Parlimen belum? – Tok Mad

Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kenapa Parlimen belum dibuka jika bazar Ramadan, sekolah dan ekonomi akan dibuka, tanya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi ciapanya, Setiausaha Agung UMNO berkata, suara rakyat agar Parlimen dibuka semakin kuat didengar.

”Kini terletak di tangan Kabinet untuk memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang menyatakan telah meminta supaya Parlimen semula sejak Januari lalu.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau adalah antara Ahli Parlimen yang kerap berbahas, bertanya dan memberi cadangan kepada kerajaan.

Walaupun ada 100 Ahli Parlimen yang berusia lebih 60 tahun namun ada 120 Ahli Parlimen yang berusia kurang daripada itu.

Tetapi katanya, korum sidang Dewan Rakyat yang dibenarkan hanya kepada 26 Ahli Parlimen.

Maka eloklah dibuka. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tak faham bahasa ke.. Dah bgatau parlimen xbuka tapi gaji Mp tetap bejalan mcm biasa. Klu bazar Ramadan xdibenarkan mcmna rakyat nk cari makan ?

  2. Awat hang mat…rasa mcm nk mati dah ka kalau parlimen tk buka…?
    Biarkan kerajaan urus atasi pandemik covid19 bagi betulĀ² nampak penurunan yg mungkin hanya dlm satu angka ataupun dua angka dulu.. Srkg ni masih angka ribuĀ² lagi setiap hari. Ekonomi terpaksa kena berjalan dan buka beransur-ansur, kalau tidak mampuih la rakyat.
    Awat la hang ni mat yg bangang sgt ni..? La ni pun walau parlimen tk bersidang, hang boleh ja nk cadang apa pun kt kerajaan. Kerajaan PN adalah #KerajaanPrihatin yg mendengar semua keluh kesah rakyat. Kerajaan hari ni bkn mcm kerajaan BN dan PH dulu. Kerajaan dulu bina negara sambil sapu bawah meja. Kerajaan PN telus menjaga hak rakyat.

  3. Parlimen sekian lama gagal commonsense sebab melaksanakan dasar apartheid DEB 30% untuk majoriti pribumi Melayu supaya minoriti bukan pribumi meraih 70% ekonomi. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas PBB tak boleh diharap.

Comments are closed.