Home Sukan Liga Europa: Jaringan hatrik Orsic bantu Dinamo Zagreb singkir Spurs

Liga Europa: Jaringan hatrik Orsic bantu Dinamo Zagreb singkir Spurs

Kebangkitan luar biasa Dinamo Zagreb berjaya menyingkirkan Spurs dengan agregat 3-2 untuk mara ke suku akhir Liga Europa dalam aksi awal pagi tadi.

LONDON – Jose Mourinho memohon maaf kepada penyokong Tottenham Hotspur berikutan kegagalan pasukannya ke suku akhir Liga Europa.

Pada aksi 16 pasukan awal pagi tadi, Spurs yang mempunyai kelebihan dua gol pada perlawanan timbal balik pertama kecundang 0-3 di tangan pasukan tuan rumah, Dinamo Zagreb menerusi jaringan hatrik Mislav Orsic pada minir ke-2, 82 dan 106

Keputusan tersebut mambawa Dinamo Zagreb ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Mourinho berkata, pada perlawanan itu pemainnya gagal mempamerkan asas bola sepak.

“Saya hanya boleh memohon maaf kepada penyokong Tottenham dan saya rasa mereka juga merasakan apa yang saya sedang lalui sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette