ACHEH – Seorang pegawai polis yang dilaporkan hilang dan diisytiharkan meninggal dunia ketika tsunami melanda Indonesia pada 26 Disember 2004 didapati masih hidup.
Ahli keluarganya yang selama ini percaya dia antara 230,000 mangsa bencana yang melanda Acheh.
Mangsa, Abrip Asep ditemui menerima rawatan sakit mental di hospital psikiatri sejak 16 tahun lalu selepas tsunami disatukan dengan ahli keluarganya.
Abrip sedang bertugas ketika tsunami di Lautan Hindi melanda Indonesia pada 2004, kata ahli keluarganya.
Abrip dipercayai diselamatkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan kerana kesihatan mental terjejas berikutan trauma dengan bencana itu.
Ahli keluarganya yang selama ini menganggap Abrip telah meninggal dunia terkejut apabila mendapati dia masih hidup selepas gambarnya dikongsi dalam media sosial.
“Saya tak dapat percaya dia masih hidup lagi, sudah 17 tahun berlalu dan kami tidak menerima sebarang berita mengenai Asep selama ini dan dianggap sudah meninggal dunia dalam tsunami,” kata salah seorang ahli keluarganya.
Sementara itu polis tempatan mengesahkan Abrip ditemui di hospital rawatan sakit mental atau psikiatri.
Jurucakap Polis Rantau Acheh berkata, walaupun Abrip mengalami trauma, ahli keluarganya tetap gembira dia masih hidup dan dapat dikembalikan ke pangkuan keluarga semula.
Tsunami melanda Indonesia susulan gempa bumi dasar laut berskala 9.3 magnitud. – MalaysiaGazette