Home Nasional 1,671 kes baharu Covid-19, empat kematian direkodkan hari ini

1,671 kes baharu Covid-19, empat kematian direkodkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka kes positif Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan dengan  mencatatkan sebanyak 1,671 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu  menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah  331,713 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 14,442 kes dengan 151 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 64 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 1,585 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 316,042 kes setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 2 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,669 ,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak empat kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 1,229 setakat hari ini. -MalaysiaGazette