Home Seni Hidup Suami baharu Farawahida penjawat awam

Suami baharu Farawahida penjawat awam

Suami baharu Farawahida merupakan pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Farawahida yang membuat kejutan melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias semalam rupanya sudah setahun berpisah dengan bekas suaminya

Suami baharu Penyanyi lagu Tanpamu itu merupakan pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping.

Sehari sebelum bernikah, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan, sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D’Studio Homestay Changkat Jering.

Untuk rekod, Farawahida pernah berumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain sejak 16 Disember 2013

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami.

“Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya atau nama sebenar, Farawahida Razali.

Kata Farawahida, dia turut mengabadikan peningkatan usia 36 tahun semalam sebagai hari pernikahannya.

“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini

“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu waktu malam

“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka ,” katanya.

Sehari sebelum bernikah, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam.

Kata Farawahida, perkenalannya dengan Zulkifli berputik di gelanggang badminton

“Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa-apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

“Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti. Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam.

“Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram. Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa-apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat,” katanya.

Menurut Farawahida, dia sendiri menyukai lelaki yang sederhana dan tidak terlalu ‘loud’

“Ciri-ciri itu ada pada suami saya,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran.

Majlis itu turut mendapat tajaan antaranya pelamin oleh FF Wedding Couture, hantaran : (The Project Asmarra), busana pengantin (Kay Ibrahim), solekan (Apit Marcello) dan inai oleh Zahira.Arts. – MalaysiaGazette