KUALA LUMPUR – Penyanyi, Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy mengesahkan dirinya kini bergelar isteri.
Selebriti berusia 28 tahun itu berkata, majlis perkahwinanynya bersama Siew Jim, 30, yang dikatakan seorang ahli perniagaan itu diadakan semalam dan jemputan hanya dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Menganggap majlis perkahwinan sebagai peribadi maka sebab itu penyanyi tersebut tidak menghebahkannya kepada media.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja.
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lizzy dalam masa yang sama memohon maaf kerana membuat keputusan untuk tidak menghebahkan hari bahagianya.
Meskipun kini bergelar isteri namun bagi Lizzy ia tidak mengubah dirinya.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa- apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” tambahnya.
Hari ini, tular di media sosial gambar perkahwinan penyanyi itu yang mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.-MalaysiaGazette