KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia berjaya berjaya merangkul kemenangan sebagai juara Kejohanan Badminton All England 2021.
Beliau menewaskan pemain dari Denmark, Viktor Axelsen dengan tiga permainan 30-29, 20-22 dan 21-9.
Kejayaan di Birmigham itu ternyata membanggakan rakyat Malaysia dan dirai dengan penuh kegembiraan.
Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, Zii Jia yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota pada suku akhir bagi menamatkan penantian negara dalam saingan akhir esok.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: