Home Nasional Lorong kecemasan, kiri antara Bidor ke Sungkai ditutup 10 hari – PLUS

Lorong kecemasan, kiri antara Bidor ke Sungkai ditutup 10 hari – PLUS

Lorong kecemasan dan kiri antara Bidor ke Sungkai akan ditutup selama 10 hari mulai semalam untuk tujuan penyelenggaraan jalan.

KUALA LUMPUR – Plus Malaysia Berhad (PLUS) menutup lorong kecemasan dan kiri di antara Kilometer (KM) 342.60 hingga KM 343.65 (Arah Selatan) di Bidor ke Sungkai selama 10 hari untuk kerja penyelenggaraan jalan.

Kerja-kerja ini dilakukan demi keselamatan dan keselesaan di lebuh raya .

PLUS dalam kenyataanya berkata, kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan mulai semalam sehingga Jumaat pada jam 8 pagi dan 5 April hingga 9 April ini pada jam 8 pagi akan datang.

Peta penutupan loronh kecemasan dan lorong kiri antara Bidor ke Sungkai

Walau bagaimanapun, lorong kanan di KM342.60 hingga KM343.65 (Arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang disediakan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, pelanggan juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. -MalaysiaGazette