LONDON – Marcos Rashford dan Erling Haaland telah dinilai sebagai pemain bola sepak paling termahal di dunia menurut kajian yang dikeluarkan CIES Football Observatory semalam.
Rashford, 23, merupakan bintang muda Manchester United dinilai sekitar £130 hingga £172 juta mewakili nilai 14.8 peratus daripada keseluruhan nilai pasukan Red Devils.
Manakala pemain muda Borussia Dortmund, Erling Haaland juga mempunyai nilai sama tetapi menjadi aset lebih besar untuk kelab Bundesliga Jerman itu sekitar 21.5 peratus.
Dua lagi bintang muda England, Phil Foden, 20, Bukayo Saka, 19, adalah pemain yang dinilai sekitar £103 hingga £130 juta bersama pemain Atletico Madrid Joao Felix dan penyerang prolifik PSG, Kylian Mbappe.
Kajian berkenaan menyenaraikan pemain muda berharga dari lim aliga terkemuka Eropah iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), La liga Sepanyol, Serie A Itali, Bundesliga Jerman dan Ligue 1 Perancis.-MalaysiaGazette