KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen kepada RM2.50 seliter.
Manakala harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Harga runcit itu bagi tempoh 25 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021, kata Kementerian Kewangan.
Menurutnya, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette