KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi- Ulu Kelang
Sdn. Bhd. (SUKE) akan memulakan kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan di tapak kejadian pada bila-bila masa setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
JKKP telah selesai menjalankan kerja-kerja siasatan forensik di tapak semalam,
Proses pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu, tertakluk kepada tarikh kelulusan yang diperolehi.
Ini mengambil kira segala proses teknikal, penyataan kaedah kerja, cuaca dan aspek-aspek keselamatan serta keadaan struktur sedia ada untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut, kata Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
Prolintas yang juga syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB adalah pemegang konsesi SUKE.
Menurutnya, struktur rasuk lebuh raya perlu distabilkan sebelum kerja-kerja pengalihan kren gantri.
Kren gantri itu masih berada di struktur portal lebuh raya pada ketinggian 40 meter, yang mana memerlukan proses pemotongan kepada beberapa bahagian kecil sebelum dibawa turun.
Pemerhatian yang teliti harus dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk serta pekerja yang terlibat di tapak, terutamanya penduduk yang tinggal di Kondominium
Puncak Banyan.
Kerja-kerja yang akan berlangsung juga melibatkan jurutera perunding professional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Prolintas memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul berkaitan kejadian ini dan jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan, sila hubungi mana-mana
saluran komunikasi:
1.Talian Hotline -1300-88-9922
2. Email – [email protected]
3. Twitter – @mySUKEofficial
4. Facebook – Prolintas Highways – MalaysiaGazette