PARIS – Penyandang Juara Eropah, Portugal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan langkah apabila merakam kemenangan hasil jaringan sendiri Azerbaijan yang memberikan kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Kumpulan A di Turin, Itali.
Kapten Azerbaijan, Maksim Medvedev menjaringkan gol sendiri pada minit ke-36 buat Portugal yang berdepan mereka berkedudukan ke-108 dunia itu.
Sementara itu, Cristiano Ronaldo pula gagal meledak di stadium kelabnya, Juventus – dengan perlawanan berlangsung kerana halangan berikutan Covid-19.
Dia kini kurang tujuh gol berbanding penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan antarabangsa, Ali Daei dari Iran dengan rekod 109 gol.
Pada perlawanan itu, Portugal bergelut kerana penyudah kurang berbisa, pertahanan kental Azerbaijan dan aksi cemerlang penjaga gol Shakhrudin Magomedaliyev.
Berikut keputusan lain kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah awal pagi tadi:
Serbia 3 Republik Ireland 2
Finland 2 Bosnia Herzegovina 2
Perancis 1 Ukraine 1
Belgium 3 Wales 1
Estonia 2 Rep Czech 6
Turki 4 Belanda 2
Latvia 1 Montenegro 2
Gibraltar 0 Norway 3
Malta 1 Russia 3
Cyprus 0 Slovakia 0
Slovenia 1 Croatia 0
– MalaysiaGazette