Home Politik UMNO tidak boleh lemah kerana parti ini penting – Shamsul Anuar

UMNO tidak boleh lemah kerana parti ini penting – Shamsul Anuar

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO diajak untuk mengutamakan, setia dan mengukuhkan perpaduan dalam memastikan pengukuhan parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu merupakan asas kepada sejarah UMNO yang perlu dipertahankan.

Menurutnya, jika parti diutamakan dan pimpinan serta ahli parti di semua peringkat bersatu padu, sudah pasti UMNO menjadi lebih kuat, hebat dan dipandang tinggi oleh rakan serta lawan.

”Bila parti diutamakan, perpaduan kukuh, UMNO berupaya lalui apa juga cabaran dengan mudah dan berjaya. Kerana itu, mari kita bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan UMNO di semua peringkat.

”Kita mesti senada, berbeza pandangan memang biasa namun sesekali jangan ianya merosakkan parti yang kita sayangi ini.

”Justeru jika ini menjadi pegangan semua UMNO akan kukuh, dan kuat.,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini.

Shamsul berkata, realitinya cabaran di hadapan UMNO sangat besar.

Kehadiran UMNO diarus politik negara penting, lantaran itu UMNO tidak boleh tewas atas kelemahan sendiri.

Oleh itu, katanya, UMNO tidak boleh mencipta kelemahan sebaliknya binalah kekuatan.

”UMNO punyai kekuatan. Kekalkan kekuatan itu. Kerana itu, UMNO mesti bijaksana dalam membuat apa juga keputusan. Maka jika parti diutamakan, perpaduan diperkukuhkan dan kita fokus membela rakyat. Kita akan kuat dan rakyat akan sokong kita.

”Namun kita tidak boleh bersendirian, kita mesti membinanya bersama rakan yang ikhlas, setia dan selari dengan ideologi dan prinsip perjuangan UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kerana sayangkan UMNO lah akar umbi meminta Presiden parti meletakan jawatan dan memberikan perhatian kepada kes mahkamah beliau. UMNO tidak boleh menaggung “biawak hidup” untuk meneruskan perjuangan memertabatkan perjuangan bangsa, agama dan negara. Persepsi rakyat terhadap UMNO terlalu buruk sehinggakan bayang bayang pun mereka kata hantu. Tak kan Presiden parti masih tidak tahu perkara ini dan mahu terus mempertahankan jawatan beliau. Rakyat juga tahu kemenangan Zahid kerana beliau menggunakan kuasa wang untuk menang. Pemimpin UMNO perlu bersatu hati menolak Zahid dan menggantikan Presiden yang diterima oleh ahli dan rakyat negara ini. UMNO untuk semua, bukan untuk Zahid.

Comments are closed.