CARACAS – Facebook membekukan akaun Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kerana melanggar polisinya apabila menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai Covid-19 denganĀ mempromosikan penawar yang beliau dakwa, tanpa bukti, boleh mengubati penyakit itu, menurut jurucakaap Facebook.
Pada Januari lalu, Maduro menggambarkan Carvativir, cacair diperolehi daripada daun thyme sebagai ‘keajaiban’ perubatan yang meneutralkan koronavirus tanpa kesan sampingan yang mana dakwaan para doktor menyatakan ia tidak disokong dengan sains.
Facebook telah memadamkan rakaman video yang mana Maduro mempromosikan pengubatan itu kerana ia melanggar polisi dakwaan palsu ‘bahawa sesuatu boleh menjamin pencegahan daripada dijangkiti Covid-19 atau boleh menjamin pemulihan Covid-19’.
“Kami mengikut garis panduan daripada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyatakan bahawa kini tiada perubatan untuk menyembuhkan virus itu.
Kementerian Maklumat Venezuela tidak membalas permohonan untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.
Pada Februari lalu, Facebook ‘menapis’ video Maduro berhubung Carvativir.
Sebelum ini beliau dan sekutunya dilayan secara tidak adil oleh syarikat media sosial, termasuk apa yang beliau gelar timbang tara penggantungan akaun.
Maduro kerap menggunakan media sosial termasuk Facebook dan Twitter untuk menyiarkan ucapannya secara langsung. – MalaysiaGazette