Home Utama PRU15: No DAP, No Anwar, No Bersatu – Zahid

PRU15: No DAP, No Anwar, No Bersatu – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengimbas kod MySejahtera pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK, 28 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO mengambil pendirian tegas untuk tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu berpegang teguh dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi.

Kata beliau, tiada perbincangan dengan mana-mana parti sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berhubung perkatra itu.

“Kita tetap dengan akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional.

“Yakinlah! Sesungguhnya cahaya terang-benderang sedang menanti kita di hujung terowong,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid menambah, UMNO tidak akan menoleh ke belakang dan parti itu mesti relevan.

“UMNO mesti terus dominan dan UMNO terus mara. Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya. – MalaysiaGazette