Home Dunia Kapal besar berjaya dilepaskan dari tebing

Kapal besar berjaya dilepaskan dari tebing

Gambar rajah yang menunjukkan pergerakan kapal Ever Given dari tebing pantai. foto BBC

KAHERAH – Kapal kontena besar yang tersangkut di Terusan Suez selama hampir seminggu telah dilepaskan dari kawasan tebing pantai.

Kedudukan kapal sepanjang 1,300 kaki itu telah diperbetulkan sebanyak 80 peratus, menurut Lembaga Terusan Suez.

Ever Given telah menyekat salah satu laluan perdagangan tersibuk di dunia, memaksa syarikat-syarikat perkapalan mengubah arah kapal masing-masing.

Perkembangan terkini ini memberi harapan bahawa lalu lintas sepanjang terusan tersebut akan kembali beroperasi dalam beberapa jam lagi.

Pekerja-pekerja penyelamat dan syarikat Belanda, Smit Salvage menggunakan kapal tunda untuk merapatkan kapal dari tebing terusan, lapor agensi berita Reuters.

Bahagian belakang kapal yang kini berada 102 meter pantai sudah tiada halangan, kata Lembaga Terusan Suez.

Menurutnya, kini usaha untuk menggapungkan semula kapal telah dimulakan.

”Usaha menggerakkan kapal akan disambung pada jam 11:30 waktu tempatan (09:30 GMT) setelah air naik,” kata pihak berkuasa itu.

Lalu lintas akan kembali lancar apabila kapal dipindahkan ke kawasan menunggu di bahagian terusan yang lebih luas.

Sebanyak 367 kapal sedang menunggu untuk melalui terusan tersebut. – MalaysiaGazette