Home Dunia Biden tidak berhasrat bertemu Kim Jong Un

Biden tidak berhasrat bertemu Kim Jong Un

Detik bersejarah pertemuan Donald Trump dan Kim Jong Un berjabat tangan dalam pertemuan di DMZ pada 30 Jun 2019. foto Agensi
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak berhasrat untuk menemui pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kata White House.
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki yang ditanya sama ada Biden akan menggunakan pendekatan diplomatik ‘duduk bersama Kim Jong Un’ seperti yang dilakukan oleh Donald Trump berkata: “Saya rasa pendekatannya akan sangat berbeza dan itu bukan hasrat beliau (Biden)”.
Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat jenis taktikal minggu lalu, mendorong Washington meminta pertemuan dengan Jawatankuasa Sekatan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), yang kemudian mengkritik ujian itu.
Biden pada hari Khamis mengatakan AS tetap terbuka untuk melakukan diplomasi dengan Korea Utara walaupun meskipun Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu, tetapi memberi amaran akan ada bertindak balas jika Korea Utara memperbesarkan masalah.
Korea Utara pada Sabtu lalu berkata, pemerintahan Biden telah mengambil langkah pertama yang salah dan mendedahkan “permusuhan mendalam” apabila mengkritik pelancaran peluru berpandu tersebut sebagai mempertahankan diri.
Trump mengadakan tiga pertemuan berprofil tinggi dengan Kim dan bertukar-tukar surat, tetapi hubungan kedua-duanya bertambah dingin.
Korea Utara, negara yang bersenjata nuklear itu mengatakan tidak akan terlibat lebih jauh dengan AS kecuali menggugurkan polisi-polisi permusuhannya. – MalaysiaGazette