Home Nasional Gangguan air ekoran kerja pengalihan, penyambungan paip di Shah Alam

Gangguan air ekoran kerja pengalihan, penyambungan paip di Shah Alam

Gangguan bekalan air berlaku ekoran kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada jam 9 pagi tadi.- Gambar hiasan water disruption water supply Air Selangor Carlsberg brewery factory Persiaran Selangor
Picture for representational purposes only

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air berlaku ekoran kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada jam 9 pagi tadi.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip itu dijangka siap pada jam 9 malam ini.

Jelasnya, bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Seperti yang dimaklumkan, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9 pagi ini.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 15 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal yang terdiri daripada hospital dan pusat dialisis serta untuk upacara pengebumian. – MalaysiaGazette