KUALA LUMPUR – Kumpulan Chatime Malaysia mengesahkan selebriti terkenal, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail Langkawi atas urusan kerja.
Pengarah Urusannya, Aliza Ali berkata, kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperolehi daripada balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani (Kedah), Langkawi (Kedah) dan Kangar (Perlis) bagi tujuan pembukaan cawangan baharu Chatime di zon utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak semalam, beberapa gambar memaparkan Neelofa, atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, dan Muhammad Haris berada di Langkawi tular di media sosial hingga menimbulkan beberapa persepsi, termasuk dakwaan merentas negeri untuk berbulan madu.
Sebelum ini Neelofa dan ahli keluarganya diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini untuk diambil keterangan berhubung dakwaan melanggar pematuhan SOP pada majlis pernikahannya Sabtu lalu.
Menurut Aliza, lawatan itu juga melibatkan beberapa kakitangan daripada Bahagian dan Pengurusan Chatime Malaysia. – MalaysiaGazette
kerja overtime tu.