KUALA LUMPUR – “Walaupun saya kaki pancing, tetapi saya tidak pernah gunakan katak sebagai umpan.
“Sebab ada orang kata berdosa dan saya juga tidak akan makan katak walaupun masak tiga rasa,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya hari ini yang dilihat sebagai kaitan dengan isu lompat parti dalam politik tanahair.
Ahmad Zahid berkata beliau tertarik berkongsi maklumat mengenai katak selepas seorang pemancing merungut harga haiwan eksotik itu semakin mahal.
Mungkin sebab itu semakin banyak katak di pasaran sejak tahun lalu, katanya.
“Tapi kena faham. Ini bukan katak liar. Ini katak belaan. Katak yang diternak tauke tertentu. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana katak ternakan ada nilai jual beli di pasaran?
Banyak kegunaan katak.
“Selain daripada melompat-lompat, katak dibeli untuk tujuan pancing. Ada kaki pancing menggunakan katak sebagai umpan untuk menangkap ikan,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, katak hidup dikatakan lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan.
“Katak turut dijadikan sebagai sumber makanan eksotik oleh golongan tertentu. Bagi orang beragama Islam, makan haiwan dua alam adalah haram ternasuk katak dan labi-labi,” ujarnya.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Ahad lalu, isu lompat parti masih menjadi perhatian perwakilan dan menyamakan mereka yang berbuat demikian dengan sifat katak.- MalaysiaGazette
Kau memang x makan katak,tapi makan benda lain yg hukumnya haram juga!!!
Katak 3 rasa tak makan? Tp klu duit songlap masak takda rasa, ramai yg makan. Buat mcm xdak dosa ja pun. Sembang kari..
apa benda ler ..camni kualiti presiden umno sekarang..mcm budak2 ..tak pro langsung…