KUALA LUMPUR – Sehingga jam 6 pagi tadi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih di dalam proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.
Berikutan itu, masih tiada kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam yang pulih sepenuhnya.
Air Selangor berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Kawasan Petaling, Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, semalam. – MalaysiaGazette