KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air melibatkan wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam setakat 6 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan berkata ketiga-tiga kawasan itu masih belum pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.
Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman web www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
— BERNAMA