Home Utama KJ belum fikir jawatan yang akan dipertandingkan dalam pemilihan UMNO

KJ belum fikir jawatan yang akan dipertandingkan dalam pemilihan UMNO

Khairy Jamaluddin mengadakan sidang akhbar selepas membuat lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin, Pulau Pnang hari ini.

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau belum memutuskan jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.

Sebaliknya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menggesa Majlis Tertinggi (MT) parti tersebut menyegerakan keputusan berhubung status pemilihan.

“Saya nak supaya ada keputusan ada pemilihan dulu, lepas tu baru kita fikir nak bertanding apa.

“Sekarang ini belum ada keputusan daripada MT sama ada nak tangguh atau nak adakan pemilihan parti.

“Bagi saya MT kena buat keputusan adakan pemilihan dan jangan tangguh lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang.

Kelmarin, MalaysiaGazette melaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa mahu supaya pemilihan parti diadakan yang mana ia merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.

Kata beliau, pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“UMNO mesti menghadapi PRU dengan kempimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alahaiiii..daripada ko sibuk pikir psl pemilihan UMNO…baik ko pikir PRU nanti ko nak bertanding kat mana? Kami kat Rembau nak Tok Mat Hassan…

Comments are closed.