Home Politik Maszlee masuk PKR?

Maszlee masuk PKR?

The Chairman of Untuk Malaysia, Dr. Maszlee Malik at a news conference of an education movement #UntukMalaysia at the Perdana Lakeview, Cyberjaya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 11 NOVEMBER 2020 PKR Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim
Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Kehadiran Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik di majlis Temu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel malam ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau sudah menyertai parti PKR.

Maszlee yang hadir ketika ucapan Anwar dilihat terus ke barisan hadapan di mana lebih 200 ahli dan penyokong PKR.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah menyertai PKR, bekas menteri  itu hanya ketawa.

“Fake news (ketawa), kita bersama dengan rakyat dan Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditanya media adakah tidak lagi bersama Pejuang, beliau menjawab yang dia bersama PH.

Status mengenai parti politik Maszlee masih kabur apabila beliau tidak bersama-sama bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Pejuang ( Parti Pejuang Tanahair).

Malah Maszlee hanya dilihat ketika penaja pada 19 Ogos tahun lalu sahaja.

Tiga bulan selepas itu, Maszlee mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Pejuang.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

Biarpun diasak wartawan, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  itu bagaimanapun tetap menyatakan dirinya masih meneruskan perjuangan sebagai seorang ahli Parlimen pembangkang.

“Kami sokong rakyat dan perjuangan untuk kembalikan mandat yang diberikan oleh rakyat. Itu yang saya ada di sini.

“Saya masih bersama PH,” katanya lagi.

Maszlee sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan telah memberi akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette