KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon popular, Datuk Afdlin Shauki menyertai PKR semata-mata untuk melihat presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, itu antara impian yang ingin dilihatnya dan alasan utamanya menyertai parti politik.
“Apa sahaja yang Datuk Seri (Anwar) perlu dari segi media, kami sedia bantu.
“Kenapa saya berada di sini kerana saya percaya dahulu saya nak buat orang gembira, saya nak bantu orang dan akhir sekali saya nak tengok impian saya untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri kita,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo malam ini.
Afdlin juga diumumkan menyertai PKR bersama-sama penyanyi terkenal, Altimet.
Sebelum ini tular dua selebriti tanah air dijangka menceburi politik.
Dalam pada itu, Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman pula berkata, beliau menyertai parti politik kerana PKR adalah sebuah parti yang insklusif untuk rakyat negara ini.
Malah pelantun lagu “Amboi” itu berkata PKR adalah parti masa depan negara.
“Pendapat saya, saya rasa parti-parti yang mempunyai DNA atau akar umbinya ada sifat-sifat eksklusif mungkin daripada segi kaum atau dari segi usia, saya rasa tempat untuk parti-parti ini atau betapa relavannya parti-parti ini.
“Semakin lama semakin kurang sebab saya tanya anak-anak saya, anak-anak saya kata tak tahu, takda. Benda ini semakin kurang untuk mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
masa dah semakin hampir tapi masih memikir kan kuasa dan dunia ..