KUALA LUMPUR – Pas tidak pernah mengalami kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, bahkan sudah ada beberapa parti yang berkubur dan sebahagiannya tanpa nisan setelah berpisah dengan parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataannya itu bukan kerana berasa angkuh dan cakap berdegar-degar, tetapi merupakan suatu hakikat yang terpahat kukuh sepanjang perjalanan politik Pas.
Perkara itu, katanya, disaksikan oleh mereka yang membuat penyelidikan secara jujur, termasuk dalam kalangan mereka yang datang mahu mengintip, sehingga berniat jahat dengan menebuk bahtera Pas atau mencuri ahli sehinggalah pemimpinnya.
“Namun, bahtera Pas gagal untuk ditembusi dan tidak dapat ditenggelamkan. Sebaliknya, mereka yang berjaya ditarik keluar daripada Pas, akhirnya tenggelam dalam lipatan sejarah, sama ada ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia,” katanya dalam Minda Presiden yang dimuatnaik di laman Facebook hari ini.
Abdul Hadi berkata, bahtera Islam terus berjalan semakin laju, tidak tersungkur kerana melampau dan tidak ketinggalan kerana jatuh.
Bahkan, katanya, ahli Pas semakin ramai, penumpangnya pula sentiasa bertambah dan menjadikan penggeraknya sentiasa silih berganti.
Hal ini menjadikan Pas lebih matang kerana pengalamannya bertambah dan perjalanannya lebih sejahtera, Insya-Allah. – MalaysiaGazette
I
Berkubur sbb x tonggang agama bkn mcm Passlacur