KLANG – Kerajaan digesa membentangkan Rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dengan segera.
Ketua Wanita MIC, Usha Nandhini Jayaram berkata, kaum wanita dalam negara memerlukan undang-undang yang boleh memelihara mereka daripada masalah yang sedang meningkat ini.
“Cukuplah, tidak perlulah lagi kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual, yang sepatutnya dibentangkan pada bulan Mac 2021.
“Oleh sebab sifat gangguan seksual itu sendiri, yang berbagai dan ia wujud di dunia fizikal dan di dunia maya, RUU ini mestilah mengandungi peruntukan yang melindungi dan memberikan tebus rugi kepada semua pemandiri golongan seksual ini,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri di sini, hari ini.
RUU berkenaan, katanya, perlu bersifat inklusif yang akan melindungi wanita tanpa mengira status kewarganegara,
Dalam masa sama, beliau menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan suruhanjaya khas mengenaai keganasan rumah tangga terhadap wanita.
Suruhanjaya itu, ujar beliau, berfungsi memberi bantuan kepada mangsa keganasan dan juga mencegah keganasan secara sistematik.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjangkakan draf RUU berkaitan gangguan seksual siap pada Mac 2021.
Beliau berkata, ia akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.-MalaysiaGazette