Home Ekonomi Kediaman Elmina Green Four dijual dalam masa dua minit

Kediaman Elmina Green Four dijual dalam masa dua minit

Lakaran artis projek Elmina Green Four.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 98 unit kediaman Fasa 1 Elmina Green Four di Bandar Elmina berjaya dijual dalam tempoh dua minit semasa tempahan dalam talian pada 26 Mac lalu.

Sime Darby Property membangunkan sebanyak 189 unit kediaman ini dengan harga RM778,888 sebelum rebat.

Semua unit kediaman ini sudah terjual pada 27 Mac lalu.

Menurut Sime Darby Property, peringkat ketiga Elmina Green Four membabitkan 89 unit rumah akan dibuka pendaftaran dan tempahan pada bulan ini.

Elmina Green Four adalah Siri Utama perbandaran di Elmina yang tenang merupakan kawasan penempatan hijau yang terdiri daripada 349 unit dua tingkat berangkai dengan keluasan 20 x 70 dan 20 x 80.

Kediaman ini adalah pemilikan bebas

Semua unit dilengkapi dengan binaan yang sempurna untuk golongan muda dan pelbagai generasi
keluarga.

Rumah 20 x 70 mempunyai minimum binaan 2,051 kaki persegi, 25 peratus lebih luas daripada purata pembinaan projek serupa di sekitar Klang.

Sementara itu, kediaman seluar 20 x 80 mempunyai binaan minimum 2,260 kaki persegi, 10 kaki tambahan dengan dapur lebih luas dan ruang makan dua tingkat yang elegan. – MalaysiaGazette