KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 terus kekal empat angka apabila sebanyak 1,638 kes direkodkan pada hari ini.
Daripada jumlah itu, 1,631 adalah kes penularan tempatan dengan 950 kes melibatkan warganegara, dan 681 kes bukan warganegara.
Selebihnya adalah tujuh kes import dengan tiga kes melibatkan bukan warganegara dan empat bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perak mengatasi Selangor dengan jumlah tertinggi sebanyak 494 kes.
“Perak 494 kes, Selangor 352, Sarawak 290, Pulau Pinang 92, Johor 84, Sabah 73, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 67 kes, Kelantan 64, Pahang 35, Negeri Sembilan 24, masing-masing 20 kes di Kedah dan Melaka, Labuan 11, Putrajaya 7, dan Terengganu 4 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala Perlis tidak mencacatkan sebarang kes positif Covid-19, hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 1,449 kes sembuh sepenuhnya direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada wabak itu berjumlah 333,892 kes.
Dr. Noor Hisham berkata, jumlah individu yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berkurang kepada 167 hari ini manakala 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Noor Hisham memberitahu terdapat tiga lagi kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 1,286 kes. – MalaysiaGazette