KUALA LUMPUR – Pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri pada Rabu lalu setelah menangguhkan majlis perkahwinannya sebanyak tiga kali sebelum ini.
Majlis akad nikak anak kelahiran Malaysia itu dan pasangannya, Alexander Charles berlangsung di sebuah masjid di London.
Dr. Amalina berkata, mereka melihat ke hadapan untuk meraikan hari yang bahagia itu dengan insan tersayang dan rakan-rakan kelak.
“Alhamdulillah, majlis nikah telah berlangsung di London Central Mosque on 31 March 2021.
“Walaupun telah menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali berikutan perintah berkurung, kami lega kami dapat mengadakan majlis yang ringkas yang dihadiri beberapa ahli keluarga dan teman rapat,” katanya dalam akaun Twitter.
Menurut Dr. Amalina, rancangan awal pasangan itu untuk mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia pada Mac lalu dan di United Kingdom pada Jun ini namun mereka mengambil keputusan untuk menangguhnya sehingga pasti semua orang boleh menghadirinya. – MalaysiaGazette