BANGKOK – Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.
Menurut laporan media, anggota polis dan bomba bekejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dan mengambil masa sejam untuk memadam kebakaran.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, ketika usaha memadam selesai dan usaha menyelamatkan penghuni dijalankan, secara tiba-tiba bangunan itu runtuh.
Menurut laporan awal pihak berkuasa, lima mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bangunan; empat daripadanya adalah anggota penyelamat dan seorang adalah pemilik rumah tersebut. – Bernama