Home Dunia Kereta rempuh penghadang Capitol, seorang pegawai polis, suspek terbunuh

Kereta rempuh penghadang Capitol, seorang pegawai polis, suspek terbunuh

WASHINGTON – Sebuah kereka merempuh dua pegawai polis di penghadang yang diletakkan di luar bangunan Capitol menyebabkan seorang terbunuh dan lelaki itu kemudian dilihat mengeluarkan pisau, kata pegawai penguatkuasa undang-undang.

Suspek meninggal dunia di hospital, kata para pegawai. Kedua-dua pegawai polis itu dimasukkan ke hospital dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan, kata Pemangku Polis Capitol, Yogananda Pittman kepada pemberita, lapor Reuters.

Pittman tidak mengenalpasti identiti pegawai polis yang terbunuh dan suspek.

Pihak berkuasa berkata, tiada lagi ancaman dan serangan itu dilihat tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Malah tiada hubungann kait insiden itu dengan rusuhan pada 6 Januari lalu.

Pada rusuhan yang menyokong bekas Presiden, Donald Trump yang berusaha mengubah keputusan pilihan raya seramai lima orang terbunuh, termasuk pegawai polis Capitol, Brian Sicknick.

Pittman berkata, suspek tidak berada dalam senarai individu yang dikehendaki polis. Bagaimanapun insiden tersebut menggariskan bahawa bangunan itu kekal berpotensi menjadi sasaran keganasan.

Ia berlaku kira-kira 91 meter dari pintu masuk pada bahagian Senat.

Para pegawai berkata, suspek dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Salah seorang pegawai polis yang tercedera dibawa ke hospitalk dengan kereta polis mana sorang lagi dibawa oleh petugas perubatan kecemasan, kata para pegawai.

Kompleks Capitol ditutup selepas berlaku tembakan dan kakitangan diberitahu bahawa mereka tidak boleh memasuki atau keluar bangunan itu.

Video menunjukkan anggota National Guard dikerah ke kawasan kemalangan itu.

Video atas talian menunjukkan sebuah kereta sedan berwarga gelap melanggar penghadang kenderaan dan polis K-9 sedang memeriksa kenderaan itu.

Anggota keselamatan dan paramedik dilihat sedang merawat sekurang-kurangnya seoang individu tidak dikenali.

Presiden Joe Biden baru sahaja berlpeas dari White House untuk ke Camp Davis apabila insiden tersebut berlaku.

Seperti biasa, beliau yang melakukan perjalanan dengan anggota Mahlis Keselamatan Nasional dijangka menerima taklimat mengenai insiden tersebut. – MalaysiaGazette