Home Nasional Terengganu hampir negeri zon hijau Covid-19

Terengganu hampir negeri zon hijau Covid-19

Sebanyak 12 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan daripada jumlah itu, enam daripadanya kluster tempat kerja,- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Terengganu berbanding negeri-negeri lain kini menghampiri negeri zon hijau apabila rata-rata kes di lapan daerah di negeri itu berada dibawah 20 kes.

Berdasarkan kepada Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan semalam, Terengganu hanya mencatatkan 43 kes positif Covid-19.

Negeri itu mencatatkan tujuh daerah di zon kuning dengan Kuala Terengganu 14 kes diikuti Besut (8 kes), Dungun dan Kemanan (masing-masing dengan satu kes), Marang (5 kes), Setiu (3 kes) dan Kuala Nerus (11 kes).

Daerah Hulu Terengganu dikategorikan zon hijau dengan tiada kes positif Covid-19 direkodkan.

Negeri Perlis menunjukkan graf turun naik kes positif Covid-19 dengan satu kes berbanding tiga kes pada 24 Mac lalu.

Dalam pada itu, zon hijau di Semanjung semakin meningkat dengan jumlah sembilan zon setakat semalam.

Kedah mencatatkan zon hijau terbanyak dengan empat daerah iaitu Langkawi, Bandar Baru, Sik dan Yan.

Perak mencatatkan dua zon iaitu Hulu Perak dan Kampar dan masing-masing satu zon di Jelebu, Negeri Sembilan dan Cameron Highlands, Pahang.

Sarawak mencatatkan tujuh zon hijau iaitu Lundi, Simunjan, Pusa, Asajaya, Dalat, Daro dan Kabong sementara Sabah lima zon hijau iaitu Ranau, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, dan Telupid.

Pulau Pinang masih dikategorikan negeri zon merah apabila lima daerahnya masih mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi.

Daerah Seberang Perai Tengah sahaja mencatatatkan 724 kes, Seberang Perai Selatan 444 kes, Timur Laut 361 kes, Barat Daya dengan 428 kes, dan Seberang Perai Utara 190 kes.

Selangor mencatatkan satu zon kuning iaitu Sabak Bernam dengan 10 kes, sementara selebihnya adalah zon merah.

Ia adalah Hulu Langat dengan 1,104 kes, Petaling 1,641 kes, Gombak 342 kes, Klang 823 kes, Kuala Selangor 112 kes, Kuala Langat 390 kes, Sepang 765 kes dan Hulu Selangor dengan 98 kes kes.

Wilayah Persekutuan Putrajaya 50 kes sementara seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih merah dengan Lembah Pantai sebanyak 236 kes, Titiwangsa 307 kes, Kepong 191 kes, dan Cheras 197 kes.

Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam zon merah dengan 80 kes.

Lain-lain kawasan zon merah adalah Manjung, Perak dengan 564 kes, Melaka Tengah 189 kes, Seremban 291 kes, Johor Bahru 953 kes, Batu Pahat 175 kes, Kulai 186 kes, Pontian 111 kes, Kota Tinggi 65 kes, Rompin, Pahang dengan 78 kes, Kuantan 177 kes, dan Pekan dengan 46 kes.

Di Kelantan masih terdapat empat zon merah iaitu di Kota Bharu dengan 394 kes, Bachok 53, Pasir Puteh 82, dan Tumpat dengan 75 kes.

Sarawak mencatatkan zon merah terbanyak dengan sebelas kawasan itu Kuching dengan 254 kes, Miri 463 kes, Sarikei 65 kes, Bintulu 662 kes, Serian 208 kes, Kota Samarahan 116 kes, Sibu 515 kes, Kapit 60 kes, Meradong 101 kes, Julau 74 kes dan Beluru 55 kes.

Sementara Sabah mencatatkan enam zon merah iaitu di Tawau dengan 227 kes, Lahad Datu 62 kes, Kota Kinabalu 69 kes, Kinabatangan 46 kes, Kota Belud 42 kes, dan Keningau 131 kes.

Setakat ini, 54 zon masih dikategorikan zon merah. – MalaysiaGazette