Home Nasional Ayah Rina meninggal dunia

Ayah Rina meninggal dunia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.

KUALA LUMPUR – Ayah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Mohd Harun Mohamad Khairi, meninggal dunia, hari ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Eikmar Rizal Mohd Ripin memaklumkan berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, Mohd Harun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

“KPWKM ingin memaklumkan bahawa Ayahanda kepada Datuk Seri Rina Mohd Harun Menteri KPWKM, iaitu Allahyarham Mohd Harun Mohamad Khairi kembali ke Rahmatullah hari ini, 6 April 2021.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia di samping Allah SWT.

“Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Tinggi, Sepang kira-kira jam 11 pagi ini,” katanya menerusi aplikasi berkenaan. – MalaysiaGazette