Home Utama Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita

Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) seized two private helicopters, more than 10 luxury cars and a yacht belonging to the government projects cartel syndicate leader with Datuk title Among the luxury vehicles seized during a raid on the government projects cartel syndicate leader government projects cartel
Among the luxury vehicles seized during a raid on the government projects cartel syndicate leader

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua buah helikopter persendirian, lebih 10 kereta mewah dan sebuah kapal persiaran milik ketua sindiket kartel projek bergelar Datuk yang ditahan kelmarin.

Menurut sumber, selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.

“Selain itu, SPRM turut menyita banglo, rumah kedai dan pejabat yang dianggarkan bernilai RM29 juta,” kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.

Beliau turut menyifatkan kemewahan yang ditunjukkan ketua sindiket itu sebagai luar biasa.

Katanya, modus operandi kumpulan kartel projek itu ialah dengan membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji di antara RM5,000 dan RM8,000.

Syarikat-syarikat itu, katanya, adalah milik suspek.

“Maklumat awal mendapati 114 individu telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 buah syarikat.

“Kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

“Maklumat tender atau sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi.

Hasil siasatan SPRM, katanya, mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.

Sebelum ini media melaporkan tujuh individu termasuk ketua sindiket ditahan membabitkan kartel projek bernilai RM3.8 bilion. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.