Home Dunia Polis Dubai tangkap 12 orang terlibat rakam gambar bogel

Polis Dubai tangkap 12 orang terlibat rakam gambar bogel

Gara-gara merakam gambar tidak senonoh di balkono, 11 orang wanita Ukraine ditangkap. Gambar hiasan

DUBAI – Satu kumpulan yang terlibat mengambil gambar bogel ditahan di sini kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh.

Rakaman video itu tersebar di dalam talian pada hari Sabtu lalu menunjukkan sekumpulan wanita mengambil gambar di balkoni.

Seramai 11 orang wanita Ukraine antara yang ditahan, selain seorang lelaki warga Rusia.

Melakukan perbuatan tidak senonoh boleh membawa hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak 5,000 dirham di Dubai.

Emiriah Arab Bersatu melaksanakan hukuman Syariah dan pesalah masa lalu pernah dipenjara jika melakukan perbuatan tidak senonoh, termasuk hubungan homoseksual secara terbuka.

Kira-kira 12 orang wanita terlibat dalam merakamkan gambar di balkoni di daerah Marina.

Lelaki Rusia yang ditahan itu adalah penganjur pengambaran tersebut dan dia berdepan dengan hukuman 18 bulan penjara.

Polis di Dubai memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang menerbitkan bahan pornografi atau sebarang bahan yang “boleh menjejaskan moral masyarakat” akan dikenakan hukuman penjara dan denda.

“Tingkah laku ini tidak dapat diterima kerana tidak menggambarkan nilai dan etika masyarakat UAE,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mana-mana individu yang tinggal di atau mengunjungi UAE adalah tertakluk kepada undang-undangnya, tidak ada pengecualian untuk pelancong.

Terdapat beberapa kes berprofil tinggi pelancong ditangkap ketika bercuti di Dubai.

Pada tahun 2017, seorang wanita Britain dijatuhi hukuman penjara setahun kerana melakukan hubungan seks dengan lelaki yang tidak dikahwininya.

Hubungan itu terbongkar ketika wanita itu melaporkannya kepada pihak berkuasa selepas lelaki berkenaan menghantar mesej berbau ancaman terhadapnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Apa beza dengan 3/4 bogel dipantai? Beach Walk – Jumeirah Beach in Dubai?

    Sebuah negara Arab yang kini giat mengimport budaya BOGEL?

Comments are closed.