Home Utama Anwar nafi rakaman audio, ikut langkah Zahid buat laporan polis

Anwar nafi rakaman audio, ikut langkah Zahid buat laporan polis

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menafikan rakaman audio tular kononnya ia perbualannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah beliau juga mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis mengenainya.

“Ini (rakamn audio tular) nak gunakan kita nak lawan poitik dalam UMNO. Nak gunakan kononnya perbualan saya dengan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan UMNO.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya juga arahkan pegawai saya buat laporan polis biar siasat siapa yang punca ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama Keadilan Selangor di Shah Alam malam ini.

“Ya, suara macam saya. Saya tak peduli. Nyata ada usaha untuk fitnah merekayasa dengan lebih canggih supaya dalam Keadilan ada tanya DAP, Amanah tak mudah tergugat dengan benda macam ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya, Ahmad Zahid sudah menafikan mengenai kesahihan audio dan kali ini beliau juga melakukan perkara yang sama.

Pagi tadi, Ahmad Zahid menafikan penularan audio mengaitkan dirinya dan akan mengarahkan pegawainya membuat laporan polis.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rakaman audio: Zahid arah pegawai buat laporan polis, siasat siapa dalang

3 Komen

  1. Nak tunggu confirm samada suara dia atau tak, jenuh la. Tara video2 yg siap ada muka terpampang pun tak confirm confirm siapa pelaku, ini pulak audio. Terpulang lah labu.. masih nak percaya kat malaun malaun ni, sama sama lah terjun nanti

Comments are closed.