Home Sukan Kami memang patut kalah – Jurgen Klopp

Kami memang patut kalah – Jurgen Klopp

Foto Agensi.

LONDON – Jurgen Klopp secara terbuka berkata pengadil perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara yang membabitkan pertemuan di antara anak buahnya dengan  Real Madrid  sebagai berat sebelah.

Pada perlawanan pagi tadi, Liverpool tewas perlawanan tersebut dengan jaringan 1-3.

Klopp mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan, Felix Brysch yang mempersalahkan Sadio Mane atas satu terjahan oleh pemain dari Senegal itu yang menyebabkan gol kedua Los Blancos.

“Pengadil menyalahkan satu terjahan bersih seperti melakukan simulasi dan berpendapat dia tidak berlaku adil terhadap Sadio.

“Tetapi itu bukan punca utama kami tewas perlawanan ini. Kami memang tidak bermain dengan baik,” katanya selepas perlawanan berakhir.

Di sebalik rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan, Klopp menerima hakikat bahawa prestasi yang ditampilkan anak buahnya di Estadio Alfredo di Stefano sememangnya layak untuk mendapat keputusan itu.

Sementara itu, Vinicius Junior meledak dua gol buat Real bagi menghukum pelawat yang meletakkan mereka semakin hampir dengan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Vinicius dan Marco Asensio kedua-duanya mendapat kelebihan hasil kelemahan pertahanan Liverpool sebelum gerakan mudah daripada balingan bola ke dalam memberikan Vinicius gol kedua.

Gol Mohamed Salah sejurus selepas rehat menghidupkan sedikit saingan di Valdebebas, dengan satu gol di tempat lawan memberikan sagu hati buat Liverpool bagi dibawa ke pusingan kedua di Anfield minggu depan.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir pertama, Manchester City menewaskan Borussia Dortmund 2-1 di tempat sendiri. – MalaysiaGazette