KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pegawainya membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman audio kononnya perbualan antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata, beliau amat kecewa dan terkejut dengan penyebaran rakaman audio itu, justeru laporan polis yang dibuat membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ itu.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya.
Katanya, sebagai Presiden UMNO, beliau tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa juga ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.
“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, penyebaran rakaman audio itu juga merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemakan dan mengancurkan UMNO.
Awal hari ini, rakaman audio kononnya perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial.
Ia juga dikongsi di aplikasi Whatsapp. – MalaysiaGazette
Goyang dah ka? Habih laaaa. Anak murid dengan cikgu berpisah tiada nampak gaya. Kita tengok apa kata hang tuah hang tuah dalam parti nak kata apa. Berbaloi tak setia kat pemimpin yg penuh ” taktikal” camni. Dah ada bau bau hancing belum kat baju masing masing? Cer cium tgk..ada kena kencing tak.