Home Nasional SPRM tahan pengurus syarikat, penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM336,000

SPRM tahan pengurus syarikat, penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM336,000

M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.- Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan, kerana disyaki terlibat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan projek penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan, membabitkan nilai RM336,000 pada 2019.

Kedua-dua lelaki itu ditahan ketika hadir bagi membantu siasatan kes tersebut, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, petang semalam.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy semasa dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan hari ini bagi permohonan reman, dan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazal membenarkan tempoh tahanan reman selama enam hari bermula hari ini. – Bernama