Home Utama Notis bankrap konspirasi politik untuk pastikan Najib tidak bertanding, dakwa Shafee

Notis bankrap konspirasi politik untuk pastikan Najib tidak bertanding, dakwa Shafee

Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 08 APRIL 2021.

PUTRAJAYA – Banyak pihak mahu melihat Datuk Seri Najib Tun Razak hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, dakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam bekas Perdana Menteri itu berkata, notis bankrap berhubung cukai sebanyak RM1.7 bilion yang diterima Najib daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 5 April lalu merupakan konspirasi politik terhadapnya.

“Beliau dimaklumkan tentang notis tersebut dua hari lepas PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2020 yang mana (Barisan Nasional) telah membuat ketetapan untuk tidak bersama Perikatan Nasional (PN).

“Apakah maksud ini? Ini tidak lebih daripada ugutan, amaran dan salah guna kuasa untuk menakutkan anak guam saya. Ini adalah kesalahan jenayah. Memang terang lagi bersuluh.

“Kita telah dapat arahan untuk mengetepikan notis kebankrapan berkenaan ini yang kita akan lakukan dalam beberapa hari lagi,” katanya selepas prosiding rayuan SRC International (SRC) hari ini.

Dalam notis yang difailkan pada 4 Februari lalu, Najib juga dikehendaki membayar RM45 juta sebagai faedah pada kadar 5% setahun atas amaun yang tidak dibayar.

Jumlah keseluruhan yang Najib perlu bayar, termasuk kos mahkamah RM15,000 adalah RM1.73 bilion

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 08 APRIL 2021.

Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas Presiden UMNO itu dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula dari tarikh penghakiman serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mula2 tuduh Najib makan duit haram, lepas tu kenakan cukai kepada duit haram tu..Kesimpulannya, cukai pendapatan terhadap sebarang wang haram adalah wajar…lepas ni jangan lupa pungut juga cukai terhadap pendapatan hasil wang jualan dadah, wang rompakan, wang pelacuran dan semua hasil wang haram yer..

Comments are closed.