KUALA LUMPUR – Jenama selipar terkenal, Fipper tampil menjelaskan produk selipar baharu yang dikeluarkan baru-baru ini dan dikatakan ‘Muslim friendly’.
Produk selipar itu menjalinkan kolaborasi dengan selebriti, Neelofa.
Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi, Fipper turut memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.
“Pihak Fipper ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘Muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin.
“Produk kami sebelum ini kurang sesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan akhbar sebelum ini,” jelas kenyataan itu.
Semalam iklan selipar itu mendapat kecaman hebat sehingga Neelofa sendiri digelar penunggang agama. – MalaysiaGazette
ini la penunggang agama