Home Akhbar Cina Masalah kesuburan lelaki lebih serius

Masalah kesuburan lelaki lebih serius

LPPKN dalam satu kajian juga mendapati masalah ketidaksuburan telah meningkat daripada 6.9 peratus pada 2004 kepada 8.6 peratus pada 2014.

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan dalam kes-kes ketidaksuburan yang ada, kaum Adam adalah lebih tinggi berbanding kaum Hawa.

Dr. T. Komathy daripada lembaga itu berkata, data 10 tahun dari 2010 hingga 2019 menunjukkan 60 peratus sperma didapati tidak normal dalam analisis yang dijalankan.

Katanya, LPPKN dalam satu kajian juga mendapati masalah ketidaksuburan telah meningkat daripada 6.9 peratus pada 2004 kepada 8.6 peratus pada 2014.

“Ketidaksuburan yang berpunca secara tunggal daripada suami adalah 30 hingga 40 peratus manakala ketidaksuburan yang berpunca secara tunggal daripada isteri adalah 30 peratus.

“20 hingga 30 peratus pula membabitkan punca bersama suami dan isteri,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya lagi, punca untuk 10 peratus kes tidak boleh dikenal pasti, walaupun ia mungkin boleh dikaitkan dengan stres dan masa.

Komathy berkata,  sperma yang tidak normal boleh berpunca daripada masalah testis, penyakit kencing manis dan juga penyakit turun-temurun.

Jelasnya, sperma juga amat sensitif terhadap bahan kimia dan racun tertentu, termasuk racun dalam pertanian, radiasi, asap rokok dan ubat tertentu. – MalaysiaGazette