Home Nasional Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga diraja Britain

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga diraja Britain

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II dan keluarga Diraja Britain berikutan pemergian Putera Philip, Duke of Edinburgh.

Menurut baginda, Putera Philip akan dikenang oleh baginda berdua, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh baginda terhadap Ratu Elizabeth II, komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang dianggotai Malaysia serta usaha beliau dalam enggalakkan hubungan yang lebih erat antara United Kingdom dan Malaysia.

Ingatan baginda berdua kepada Ratu, kerabat diraja dan rakyat Britain yang sedih atas pemergian Putera Philip,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette