Home Politik Mahu PKR pertimbang semula Amirudin calon DUN Sungai Tua

Mahu PKR pertimbang semula Amirudin calon DUN Sungai Tua

Mohamad Ezam Mohd Nor.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mempertimbangkan semula kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada PRU-15.

Ketua Gerak98, Datuk Mohamad Ezam Md Nor berkata, ini kerana sikap berdiam diri Menteri Besar Selangor itu ketika presiden parti itu diserang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini perlu dipertikaikan.

“Apabila Azmin menyerang presiden parti (PKR), Pakatan Harapan (PH), Zuraida (Kamarudin) pula secara terang-terangan menyerang presiden, ada kenyataan daripada Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor? Tiada.

“Ini bukan soal antara Azmin dan Rafizi (Ramli),  ini soal antara Azmin dan Anwar, timbalan presiden dan presiden parti.

“Ini soal perjuangan sebab perjanjiannya untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan tapi ditentang oleh Azmin dan Zuraida.

“Mana mereka semua, tak tunjuk sebarang komitmen masa itu untuk mempertahankan Anwar,” katanya pada sidang media di Restoran Amjal hari ini.

Pertubuhan Gerak98 dan Otai Reformis hari ini mendesak PH Selangor khususnya PKR menolak calon-calon yang disyaki masih mempunyai hubungan dengan Mohamed Azmin pada pilihan raya akan datang.

Mohamad Ezam dan Setiusaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail dalam menegaskan mereka tidak mahu Langkah Sheraton berlaku di Selangor.

PH perlu memastikan calon-calon yang akan bertanding benar-benar bersih daripada pengaruh bekas Timbalan Presiden PKR itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ezam, tak kenyang lagi ka? Sudah lah, ingat kembali apa yang awak lakukan sewaktu awak menyerang DSAI sampai saiz spender DSAI pun awak ceritakan atas pentas UMNO. Awak meletakkan Anwar ditempat yang paling hina dan awak masukkan watak Wan Azizah didalam cerita cerita awak. Aku hairan bagaimana Anwar bergitu kemaruk sehingga percayakan kamu. Perb alahan anara Azmin dengan Anwar semua orang tahu kerana Anwar melantik Rafizi selepas Rafizi kalah. Anwar yang takut pengaruh Azmin walaupun Azmin bukan ancaman kepda Anwar. Yang menjadikan masalah ialah Rafizi. Memang patut Azmin merajuk daripada PKR, tapi bila awak pula masuk, masalah akan lebih teruk kerana kamu adalah “biawak” yang akan menelan apa sahaja tidak kira bangkai ataupun sampah. Kerana kebodohan Anwar lah, dia masih berikan kepercayaan kepada awak.

Comments are closed.