Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan isu rakaman audio perbualan telefon yang tular sejak awal minggu ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis telah membuka lebih lapan kertas siasatan berkaitan perkara itu setakat ini dan kes sedang disiasat secara mendalam.