Home Sukan 264 atlet, pengawai terlibat terima vaksin esok

264 atlet, pengawai terlibat terima vaksin esok

Kementerian Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR – Seramai 264 orang atlet dan pegawai yang terlibat dalam temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik bakal diberi suntikan vaksin Covid-19 esok.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), penerimaan vaksin diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

“Selain itu, Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama-sama dengan barisan atlet pada hari tersebut.

“Jelasnya, persiapan rapi sedang dibuat oleh barisan atlet negara dalam menghadapi cabaran termasya Sukan Olimpik yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 30 Ogos ini dan Sukan Paralimpik yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September ini di Tokyo, Jepun.

“Aspek persiapan berkenaan merangkumi pemberian vaksin kepada para atlet dan pengawai yang terlibat serta program yang diatur khas bagi menyemarakkan lagi semangat menghadapi temasya ulung yang diterajui oleh Maljlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Meskipun temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik telah ditangguhkan pada tahun lepas akibat penularan pandemik Covid-19, KBS telah melaksanakan pelbagai pendekatan dan perancangan termasuk pelaksanaan atlet melalui Gelembung Sukan bagi memastikan semua atlet sentiasa dalam keadaan terbaik dan mampu beraksi dengan cemerlang di arena antarabangsa,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Dalam masa sama, Reezal Merican juga akan melancarkan countdown Detik 100 hari ke Tokyo 2020 pada April ini di Kompleks MSN, Bukit Jalil.

Detik 100 Hari ke Tokyo ini akan digerakkan ke seluruh negara termasuk Program Jelajah Road to Tokyo 2020 yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan masyarakat serta membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Program jelajah secara kayuhan basikal ini akan diwakili oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada lima individu setiap negeri dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan dan rekreasi yang telah ditetapkan oleh MKN.

Kayuhan basikal berkenaan akan bermula di Kompleks MSN dan dijangka berakhir juga di sini pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia Sukan Olimpik dan Paralimpik, Tokyo 2020 pada bulan Julai ini.

Di samping itu, Reezal Merican bakal melancarkan laman webrasmi Road to Tokyo 2020 sebagai platform hebahan maklumat berkaitan kontinjen negara serta memperkenalkan identiti kontinjen negara meliputi slogan, lagu dan sorakan pasukan negara. -MalaysiaGazette