Home Seni Hidup Chef Wan alami masalah jantung, jumpa doktor

Chef Wan alami masalah jantung, jumpa doktor

Foto Instagram Chef Wan.

KUALA LUMPUR – Kontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dan seorang anggota polis membuatkan bapanya yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan patah hati dan kecewa.

Gara-gara tidak dimaklumkan pernikahan itu, Chef Wan, 63, sering kali memuat naik luahan marah dan kesal terhadap perkahwinan Serina, 39, memandangkan mereka bernikah tanpa pengetahuannya.

Malah paling mengejutkan apabila semalam terdapat pendedahan daripada bekas isteri kepada suami Serina, Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin yang mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika dia masih menjadi isteri kepada Aidid.

Berita itu membuatkan Chef Wan mengalami ‘sakit jantung’ dan kembali meluahkan perasannya di media sosial selepas memohon maaf kerana mendedahkan cerita keluarga sehingga mengaibkan anaknya sendiri.

Apatah lagi menurut Chef Wan, beliau sudah dua malam mengalami masalah jantung berdegup lebih kencang kerana isu kontroversi tersebut.

Lebih-lebih lagi, katanya, apabila ada netizen yang tidak tahu hal sebenar menyerangnya dengan kata-kata menyakitkan hati.

Kali ini, beliau terpaksa bertemu doktor selepas pendedahan tersebut dan mengakui boleh terkena serangan jantung jika kontroversi melibatkan anaknya berterusan menjadi perbualan.

Sementara itu, bapa kepada sepasang anak itu juga seakan sangat kecewa dan mula pasrah setelah cerita perkahwinan mereka terbongkar.

Pada akhir tulisnya, Chef Wan memaklumkan yang kondisi kesihatannya kurang baik dan perlu berjumpa doktor. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.